Tuesday, November 11, 2008

Norman Hakim dan Memey Suhaiza ditangkap Basah

nie bukan nak mengumpat or nak buruk kan sape2 just aku citer untuk dijadikan iktibar kat korang semua termasuk lah kat aku nie hamba yang lemah jugak kan..erm baru nie satu malaysia kecoh pasal artis kite wat hal lagi..Satu lagi contoh artis taik di Malaysia.Ni semua sebab Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32 tahun kalau x silap aku la kan.aku pun x tahu kenape yang die nak main basah2 ngan memey 2.kalau basah sebab main air ker or mandi peluh baru pas g jogging ker xpe la nie kene tgkp.aku pun simpati gak ngan nasib die kan,kite x tahu per yang jadikan so x leh tuduh sebarangan betul x dose sape nak jawab nantikan.macam die kate die kene perangkap so ALLAH saje yang tahu betul x kite nie dengar jer la percaye jangan.hehehe..tapi aku kesian kat abby wife die kalau aku jadi die pun mau sembelit 3 hari sebab pasangan wat perangai cam 2 kan.last2 die panas punye pasal die pun nak mintak fasakh..


2 la bila isteri pregnant ramai laki wat hal cari gurl lain..pikir la sikit wife lahirkan baby husband jgk kan dah la pertarungan hidup atau mati 2..susah kalau nak citer ngan orang pikir pakai lampu suluh nie.tapi ape2 pun bersabarlah kepada abby semoga jaga kesihatan 2 baru lepas pantang kan.bagi lelaki di luar sane n termasuk lah aku jadikan nie sebagai ikhtibar jangan la kite main kayu 3 4 or 5 sebab yang ade 2 dahcukup bagus n jage la btl2 kan.hehehe...so semoga bahagia korang semua.salam

Tuesday, November 4, 2008

TAK SEDAR KITA MENGHAMPIRI ZINAR

Ikuti dialog oleh satu pasangan yang

sedang berkhalwat tertangkap oleh

seorang ustaz. Kisah benar atau tidak,

wallahualam. Hayatilah intisari dialog

ini, dan muhasabahlah diri kita masing-

masing.

Pelajar: Kami tidak berzina!

Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak

berzina tetapi awak menghampiri zina.

Pelajar: Kami hanya berbual-bual,

berbincang, bertanya khabar, minum-

minum adakah itu menghampiri zina?

Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus

pelakunya ke lembah perzinaan.

Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan

dan kami tidak berniat ke arah itu.

Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin

kamu kecundang. Kamu dalam bahaya.

Jangan bermain dengan bahaya. Iblis

dan syaitan akan memerangkap kamu.

Sudah banyak tipu daya iblis yang

mengena sasaran. Iblis amat

berpengalaman dan tipu dayanya amat

halus. Ia telah menipu nenek moyang

kita yang pertama, Adam dan Hawa.

Jangan pula lupa. Siapalah kita

berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih

1001 cara. Ingat pesanan Rasullullah

S. A. W.: Janganlah engkau

bersendirian dangan seorang wanita

kecuali ketiganya adalah syaitan

(Tabrani) . Syaitan akan menghembus

perasaan berahi, kita lemah untuk

menghadapi tipu daya iblis.

Pelajar: Tidak semestinya semua orang

bercinta menjurus kepada penzinaan.

Ada orang bercinta dalam telefon dan

hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua

muka pun!

Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu

yang dimaksudkan dengan menghampiri

zina. Memang pada awalnya tidak bersua

muka, tapi perasaan pasti bergelora.

Lambat laun desakan nafsu dan perasaan

serta hasutan iblis akan mengheret

kepada suatu pertemuan. Pertemuan

pertama tidak akan terhenti disitu

sahaja. Percayalah, ia akan

berlanjutan dan berterusan. Tidakkah

itu boleh membawa kepada penzinaan

akhirnya?

Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun

tak boleh? Itu pun zina juga ke?

Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis

dan peringkatnya, ada zina betul, ada

zina tangan (berpegang-pegangan ), ada

zina mata (melihat kekasihnya dengan

perasaan berahi). Melihat auratnya

juga zina mata. Zina hati iaitu

khayalan berahi dengan kekasih

sepertimana yang dinyatakan oleh

Rasulullah S. A. W.: Kedua-dua tangan

juga berzina dan zinanya adalah

menyentuh. Kedua kakinya juga berzina

dan zinanya adalah berjalan (menuju ke

tempat pertemuan). Mulut juga berzina

dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan

Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong

menuju kepada perzinaan amat banyak.

Jangan biarkan diri kita berada atau

melalui mana-mana jalan atau lorong

yang boleh membawa kepada penzinaan

Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran

tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke?

Jangan tipu. Allah tahu apa yang

terselit dalam hati hamba-hambanya.

Kita belajar nak keberkatan. Kalau

cemerlang sekali pun, kalau tak

diberkati Allah, kejayaan tidak akan

membawa kebahagiaan. Hidup tidak

bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan

berselindung di sebalik pelajaran yang

mulia. Allah suka kepada orang yang

berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut

batas dan ketentuan Allah. Belajar

akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi

macam ini akan ditulis ibadat oleh

malaikat Raqib dan Atiq?

Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran

sahaja. Ni study group.

Ustaz: Study group? nampak macam lain

macam saja. Manja, senyum memanjang,

tak macam gaya berdiskusi. Takkan

study group berdua sahaja? Ke mana-

mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah

study group ramai- ramai sedikit.

Kalau duduk berdua-dua macam ini..

betul ke bincang pelajaran? Jangan-

jangan sekejap saja bincang pelajaran,

yang lain tu banyak masa dihabiskan

dengan fantasi cinta!

Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang

pelajaran.

Ustaz: Baik sungguh awak berdua.

Takkan awak berdua tak perasan apa-

apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita

bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita

manusia. Jangan nafikan fitrah

manusia. Kita ada nafsu, ada

keinginan. Itulah manusia.

Pelajar: Kami sama-sama belajar, study

group, saling memberi semangat dan

motivasi.

Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang

boleh dijadikan rakan belajar? Habis

sudahkah kaum sejenis yang boleh

memberikan motivasi? Jangan hina kaum

sejenis. Ingat banyak orang cemerlang

yang belajar hanya dengan kaum

sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak

terganggu, dapat berkat dan rahmat

pula.

Pelajar: Takkanlah tak ada langsung

ruang yang dibenarkan dalam Islam

untuk bercinta? Adakah Islam membunuh

terus naluri cinta?

Ustaz: Naluri adalah sebahagian

daripada kesempurnaan kejadian

manusia. Naluri ingin memiliki dan

suka kalau dimiliki (sense of

belonging) adalah fitrah. Kalau naluri

tidak wujud pada diri seseorang, tak

normal namanya. Islam bukan datang

untuk membunuh naluri dan keinginan

itu. Tidak! Islam tidak suruh membunuh

naluri seperti yang dilakukan oleh

para paderi atau sami. Jangan nafikan

naluri ini. Jangan berbohong pada diri

sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau

perasaan itu datang tanpa diundang.

Itu adalah fitrah. Manusia tundukkan

naluri itu untuk patuh pada perintah

Allah. Jadilah manusia yang sihat pada

nalurinya. Jangan jadi malaikat!

kerana Allah ciptakan kita sebagai

manusia Dunia dan segala isinya akan

hambar tanpa naluri nafsu.

Pelajar : Tentu ada cinta secara Islam

Ustaz: Cinta secara Islam hanya satu

iaitu perkahwinan. Cinta berlaku

setelah ijab qabul; cinta lepas

kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus.

Cinta yang bermaruah. Bukan cinta

murahan. Inilah kemuliaan agama kita,

Islam. Apabila Islam melarang sesuatu

perkara, tentulah ia digantikan dengan

sesuatu yang lebih baik. Kalau ia

melarang cinta antara lelaki dan

wanita sebelum kahwin, ia membawa

kepada sesuatu sebagai ganti yang

lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda

Rasulullah S. A. W.: Tidak ada yang

lebih patut bagi dua orang yang saling

mencintai kecuali nikah (Ibni Majah)

Cinta adalah maruah manusia. Ia

terlalu mulia.

Pelajar: Kalau begitu, cinta semua

menghampiri kepada penzinaan?

Ustaz: Ya kalau lelaki dan perempuan

bertemu tentu perasaan turut terusik.

Kemudian perasaan dilayan. Kemudian

teringat, rindu. Kemudian aturkan

pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua.

Kemudian mencari tempat sunyi sedikit.

Kemudian berbual panjang sehingga

malam gelap. Hubungan makin akrab, dah

berani pegang tangan, duduk makin

dekat. Kalau tadi macam kawan,

sekarang macam pengantin baru.

Bukankah mereka semakin hampir dan

dekat dengan penzinaan? Penghujung

jalan cinta adalah penzinaan dan

kesengsaraan. Berapa ramai orang yang

bercinta telah sampai kepada daerah

penzinaan dan kesengsaraan.

Kasihanilah diri dan ibu bapa yang

melahirkan kita dalam keadaan putih

bersih tanpa noda daripada seekor

nyamuk sekalipun!

Pelajar: Masih ramai orang yang

bercinta tetapi tetap selamat, tidak

sampai berzina. Kami tahan diuji.

Ustaz: Allah menciptakan manusia. Dia

tahu kekuatan dan kelemahan manusia.

Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu

Allah memerintahkan supaya diri

menjauhi perkara yang ditegah. Takut

manusia kecundang.

Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan

diuji?

Ustaz: Kita manusia dari keturunan

Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan

manusia, Allah telah mengingatkan

manusia bahawa mereka tidak tahan

dengan ujian walaupun kecil. Allah

takdirkan satu peristiwa untuk iktibar

manusia. Allah tegah Adam dan Hawa

supaya jangan makan buah Khuldi dalam

syurga. Allah tahu kelemahan pada

ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh

itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa,

jangan hampiri pokok Khuldi. Firman

Allah S. W. T.: Wahai Adam! Tinggallah

engkau dan isterimu di dalam syurga

serta makanlah dari makanannya sepuas-

puasnya, apa sahaja yang kamu berdua

sukai dan jangan hampiri pokok ini,

(Jika kamu menghampirinya) maka akan

menjadilah kamu dari orang-orang yang

zalim (Al-A'araf: ayat 19). Tegahan

yang sebenarnya adalah memakan buah

Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan

kelemahan Adam dan Hawa. Jika

menghampiri perkara yang ditegah,

takut nanti mereka akan memakannya

kerana mereka tidak dapat mengawal

diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah

zina. Maka jalan ke arah penzinaan

juga dilarang. Takut apabila

berhadapan dengan godaan penzinaan,

kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita

belajar daripada pengalaman nenek

moyang kita Adam dan Hawa.

Pelajar: Tetapi cinta lepas kawin

banyak masalah. Kita tak kenal

pasangan kita secara dekat. Bercinta

adalah untuk mengenali hati budi

pasangan sebelum membuat keputusan

sebelum berkahwin.

Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan

masa sedang bercinta? Bercinta penuh

dengan lakonan yang dibuat-buat dan

kepura-puraan. Masing-masing akan

berlakon dengan watak yang terbaik.

Penyayang, penyabar, pemurah dan

pelbagai lagi. Masa bercinta adalah

alam lakonan semata-mata. Masa

bercinta, merajuk ada yang akan pujuk.

Jangan haraplah lepas kawin bila

merajuk ada yang memujuk. Banyak orang

yang kecewa dan tertipu dengan

keperibadian pasangan semasa bercinta.

Perangai jauh berbeza. Macam langit

dan bumi. Masa bercinta, dia seorang

yang amat penyayang, penyabar, sabar

tunggu pasangan terlambat berjam-jam.

Tapi bila dah kahwin, lewat 5 minit

dah kena tengking. Jadi, perwatakan

masa bercinta tidak boleh dipercayai.

Percintaan adalah suatu kepuraan yang

hipokrit.

Pelajar: Percayalah kami bercinta demi

merancang kebahagian hidup nanti.

Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan

jika tidak mendapat redha Allah?

Kebahagiaan adalah anugerah Allah

kepada hamba-hambanya yang terpilih.

Kebahagiaan bukan ciptaan manusia.

Manusia hanya merancang kebahagiaan.

Allah yang akan menganugerahkannya.

Bagaimana mendapat anugerah

kebahagiaan itu jika jalan mencapainya

tidak diredhai Allah. Kebahagiaan

hidup berumah tangga mestilah melalui

proses yang betul. Sudah tentu

prosesnya bukan cinta sebegini. Allah

tidak meredhai percintaan ini. Cinta

yang diredhai, cinta selepas kahwin.

Bagaimana untuk mendapat keluarga yang

bahagia jika langkah memulakannya pun

sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?

Pelajar: Tanya sikit adik angkat,

kakak angkat, abang angkat boleh ke?

ganti bercinta.

Ustaz: Semua itu adalah perangkap

syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang

diberi nafas baru. Kulitnya nampak

berlainan, tapi isinya sama. Adik,

abang, kakak angkat adalah suatu

bentuk tipu daya iblis dan syaitan.

Manusia yang terlibat dalam

budaya "angkat" ini sebenarnya telah

masuk ke dalam perangkap syaitan. C

uma menunggu masa untuk dikorbankan.

Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang

bercinta telah hilang maruah diri?

Ustaz: Mengukur maruah diri bukan

ditentukan oleh manusia tetapi oleh

pencipta manusia. Sebab ukuran manusia

sering berbeza-beza. Orang yang sedang

mabuk bercinta mengatakan orang yang

bercinta tidak menjejaskan apa-apa

maruah dirinya. Manakala bagi orang

yang menjaga diri, tidak mahu terlibat

dengan cinta sebelum kahwin akan

mengatakan orang yang bercinta sudah

tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan

kepada orang yang belum layak menerima

cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah

atau tidak ditentukan oleh Allah.

Pelajar: Adakah orang yang bercinta

hilang maruah?

Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah

maruah dirinya. Orang yang bercinta

seolah-olah cuba menggadaikan

maruahnya kerana mereka sedang

menghampiri penzinaan. Manakala orang

yang bercinta dan pernah berzina tidak

layak berkahwin kecuali dengan orang

yang pernah berzina juga. Mereka tidak

layak untuk berkahwin dengan orang

yang beriman. Allah berfirman: Lelaki

yang berzina(lazimnya) tidak ingin

berkahwin melainkan dengan perempuan

yang berzina atau perempuan musyrik;

dan perempuan yang berzina itu pula

(lazimnya) tidak ingin berkahwin

dengannya melainkan oleh lelaki yang

berzina atau lelaki musyrik. Dan

perkahwinan yang demikian terlarang

kepada orang-orang yang beriman.

(Surah an-Nur: Ayat 3).Jadi orang yang

pernah bercinta juga tidak sesuai

untuk berkahwin dengan orang yang

tidak pernah bercinta. Tidakkah itu

suatu penghinaan dari Tuhan.

Pelajar: Jadi orang yang bercinta

hanya layak berkahwin dengan orang

yang pernah bercinta juga?

Ustaz: Itulah pasangan yang layak

untuk dirinya kerana wanita yang baik

adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki

yang baik untuk wanita yang baik.

Pelajar: Kami telah berjanji untuk

sehidup semati.

Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta?

Berapa banyak sudah janji cinta yang

musnah? Lelaki, jangan diharap pada

janji lelaki. Mereka hanya menunggu

peluang keemasan sahaja. Habis madu,

sepah dibuang. Pepatah itu diungkap

kerana ia sering berulang sehingga

menjadi pepatah.

Pelajar: Jadi perempuan yang bercinta

jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Ustaz: Tentu. Mana ada orang lelaki

yang normal suka pada barang 'second

hand' sedangkan barang baru masih ada.

Sesetengah mereka menggambarkan

perempuan seperti kereta di show room;

display only. Tapi ada yang boleh test

drive. Ada pula yang kata; sekadar

sepinggan mee goreng dan segelas air

sirap bandung, bawalah ke hulu, ke

hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Pelajar: Masihkan ada orang yang tidak

bercinta pada zaman ini?

Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci

dalam debu. Golongan ini sentiasa ada

walaupun jumlah mereka kecil. Mereka

akan bertemu suatu hari nanti. Mereka

ada pasangannya. Firman Allah S. W.

T.: Dan orang-orang lelaki yang

memelihara kehormatannya serta orang-

orang perempuan yang memelihara

kehormatannya (yang memelihara dirinya

daripada melakukan zina) Allah telah

menyediakan bagi mereka semuanya

keampunan dan pahala yang besar. (Al-

Ahzab: ayat 35)

Pelajar: Bagaimana kami?

Ustaz: Kamu masih ada peluang.

Bertaubatlah dengan taubat nasuha.

Berdoalah serta mohon keampunan

dariNya. Mohonlah petunjuk dan

kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Pelajar: Kami ingin mendapat redha

Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat

nasuha.

Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang

sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi

3 syarat:

1. Tinggalkan perbuatan maksiat.

Putuskan hubungan cinta yang tidak

diredhai Allah ini

2. Menyesal. Menginsafi diri atas

tindak tanduk hidup yang menjurus diri

dalam percintaan.

3. Berazam. Bertekad di dalam hati

tidak akan bercinta lagi dengan

sesiapa kecuali dengan seseorang yang

bernama isteri atau suami. Saatnya

adalah setelah ijap Kabul.

Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah

tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa

hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha

Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

Berilah kekuatan kepadaku untuk

menghadapi godaan keremajaan ini.

Anugerahkan kepadaku perasaaan benci

kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan

akhlak yang mulia.

Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau

jagaku sedari kecil dengan kasih

sayang. Mengapa kucurahkan kasihku

kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu

yang berdosa.

Amin, Ya Rabb. Moga Allah

terima taubatmu.

Pelajar: Kita berpisah kerana Allah.

Kalau ada jodoh tidak ke mana.

Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini

mereka datang ke pintu-Mu mencari

redha-Mu. Terimalah taubat mereka.

**Semoga dengan kisah ini, dapatlah memberi manfaat kepada kita semua. Tersedar jugak kisah ni bila saya baca.. Alhamdulillah, masih sempat untuk kita bartaubat "nasuha"..

Monday, October 20, 2008

MANUSIA KEBAL MATI DITEMNAK

salam semua dah lama aku x tulis blog.bukan per bzy sikit n nak on9 susah la.uhuhu...disebabkan ramai pembaca yang antar komen kat aku n asyk tnye jer bila nak update so kali nie unutk jaga hati korang aku wat la.hehehe...erm tapi be4 aku nak citer kt korang,jom tengok video nie dulu k....



Ha amacam korang dah tengok ker...terkejut x..klu x wat2 terkejut la yer.hehehe....korang pikir la kan zaman sekarang pun orang pakai lagi mende2 camtu.x takut ker diorang kan pakai ilmu hitam mati nanti seksa wo...dah tu pakai ilmu hitam untuk kepentingan diri sendiri lak 2,bunuh orang lagi..siap berlagak suruh tembak kat kepale die kan.kalau aku ade bawak meriam buluh letak depan muke die tengok hangus ker x.comform x gaye muke dah pas 2.eh lupe la x baik citer orang yang dah xde kan.hehehe...k la nanti aku akan sambung lagi yer citer aku kat korang lagipun tengah exam kan mase kureng sikit.hehehe...k lu pikir la sendiri.hehe

Sunday, September 14, 2008

BILA MALAIKAT MENYABUT NYAWA KITA…!!!!

SALAM….kepada semua umat ISLAM di dunia nie,dan hamba ALLAH yang sedang membace blog ini.suatu malam ketika malam ker 15 ramadhan aku terbaca satu artikel yang menyatakan tentang kematian.selepas membaca artikel ini aku merasakan sangat takut,xtahu kenapa…aku x pernah membacanya sebelum ini…jadi aku memutuskan untuk berkongsi bersama untuk menyampaikan satu peringatan kepada kite semua.bace lah sehingga habis kerana kerugian besar sekiranya korang tidak mengabiskannya…maybe nie penulisan aku yang lain dari citer aku sebelum nie..sesungguhnya ALLAH memberkati kite semua..amin..




Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah s.a.w.. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah s.w.t. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah s.w.t." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah s.w.t. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah s.w.t. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah s.w.t. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah s.w.t.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah s.a.w.: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian “Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan” (Surah Al-Baqarah : Ayat 28) Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah s.w.t. tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah s.w.t. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah s.w.t. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:
Tanda 100 hari sebelum hari mati.Ini adalah tanda pertama dari Allah s.w.t. kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah s.w.t. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah s.w.t. yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah s.w.t. semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah s.w.t. mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah s.w.t. semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah s.w.t. serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah s.w.t. dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.


Sudah bersediakah kita untuk MATI….
layakkah kita menjadi tetamu ALLAH…
dengan kealpaan dunia yang penuh DOSA…
marilah bersama kita RENUNGKAN……zarili88

NUR RAMADHAN.....


-khusuknya seorang ulamak berdoa untuk pengampunan-


Rinduku terubat lagi
kehadiran ramadhan yang dinantikan
aku bersyukur pada mu ilahi
memberi pinjaman roh dan jasad padaku
agar dapat menikmati ramadhan pada kali ini…

Rinduku terubat lagi
azan subuh berkumandang
tanda mulanya cabaran
untuk menguji keutuhan iman
syaitan dan iblis diikat
namun nafsu bermaharajalela menguasai diri
dengan berbekalkan keutuhan iman di dada
akan ku tentang nafsu yang datang menggoda
agar dapat ku menyempurnakan amalan ku ini…

Rinduku terubat lagi
perjuangan pada siang hari
malam menanti menghadiahkan kemenangan
dengan seribu keberkatan dari mu
tanpa ku sedari air jernih mengalir
titisan-titisan dosa kealpaan ku
kesungguhan doa ikhlas dari ku
Memohon keampunan dari mu

Rinduku terubat lagi
kau menghadiahkan dengan malam lailaturqadar
menyeru hamba mu supaya beramal mencari keberkatan
ku mengharap menikmatinya namun apalah daya ku
pintu rezeki masih belum terbuka untuk ku
tetapi usaha serta semangat
tidak pernah luntur dari jiwa ku
untuk terus memburu lailaturqadar…

Rinduku terubat lagi
kini siang berganti malam hari berganti hari
perjuangan ramadhan digantikan kemenangan syawal
beersama meraikan hari raya aidilfitri
namun bulan ramadhan bulan keberkatan 1000 bulan
akan senantiasa ku rindu bersama mu…

Rinduku terubat lagi
pada mu tuhan pencipta alam
ku harapkan ramadhan kali ini bermakna
ku memohon agar dipinjamkan lagi roh dan jasad ku
agar dapat kumenikmati kembali nur ramadhan….

Hasil nurkilan***zarili88

Wednesday, September 10, 2008

BERHATI HATI MAKAN IKAN KELI...!!!

Assalamualaikum..makanan bagi aku memang penting sebab aku setiap 2 jam mesti lapar.hehehe…kali nie aku nak citer pasal ikan keli(ikan favourite aku tau).mungkin korang yang baru dengar masalah ini akan terkejut tapi tidak kepada siapa yang dah tau hakikat sebenar..aku buka nak menjatuhkan sesiapa atau nak memburukkan syarikat mana2 pun..artikel aku ini sekadar untuk berkongsi maklumat yang aku perolehi dari sesetengah pihk yang boleh dipercayai..ikuti lah kisah yang akan mengubah selera anda selepas ini.hehehe..


AGAK2 KORANG IKAN NIE MAKAN APE YER..HEHEHE

baru2 nih x silap hujung bulan Ogos, aku gi la jumpa kawan aku.kitorang bincangla pasal penternakan ikan keli bukan per aku minat gak nak bukak bisnes.tapi kawan aku nie yang banyak jugak la pengalamannya citer la kat aku tentang penternakan ikan keli dan care sesetengah pihak yang x bertanggungjawab membesarkan ikan tersebut.
Die citer la yang berbunyi camnie, ikan keli memerlukan 2 paket makanan untuk membesar seberat 1Kg dari anak benih. 1 paket makanan berharga Rm2 lebih jadi modal makan sahaja dalam Rm4.tapi mcamana tokey ikan keli dapat jual RM1.80/Kg? jawapannya setiap hari tokey ni akan masuk ke reban ayam dan amik bangkai ayam yang mati untuk dijadikan makanan ikan keli. Ikut kajian, 2% ayam akan mati di Malaysia setiap hari,jadi jika ayam ada 200,000 jadi dalam 4000 ekor ayam akan mati dalam sehari. Perghh..ini dah cukup banyak untuk diberi makan kepada ikan keli..jadi modal makanan yang ditanggung tokey adalah RM 0.00!!!
Ditambah lagi, ikan keli memerlukan masa berminggu2 untuk membesar kepada 1Kg/ekor..jadi cara untuk mempercepatkan pertumbuhan ikan keli adalah dengan memelihara ikan keli dalam air kumbahan (samada kumbahan manusia @ haiwan). Katanya jika dipelihara dalam air kumbahan, ikan keli akan membesar dalam masa yang cukup singkat..tapi kenapa ikan keli yang dibeli bersih jer??? jawapannya ialah selepas ikan keli cukup besar dalam air kumbahan, ia akan dipindahkan ke kolam kuarantin air bersih selama seminggu…SEMINGGU???..ya kerana untuk menjadikan ikan keli itu nampak betul2 bersih..gila betul…
Jadi kos operasi oleh tokey ikan keli hanya untuk bayar gaji pekerja,kos penghantaran dan beli benih ikan jer la.
Setahu aku, beza ikan keli yang dipelihara dengan betul dan yang kotor adalah, ikan keli kotor akan dijual dengan saiz yang besar dan banyak lemak sebab makan ayam mati. Kalau nak makan jugak ikan keli, belilah dikampung2 atau yang kecil2 dan berwarna hitam..

Mencari yang halal adalah fardhu bagi umat Islam..pesanan dari ayah kesayangan aku...

20 PERKARA DIBENCI PEREMPUAN TERHADAP LELAKI..???

HAI GURL...Penulisan kali ini aku tujukan kepada para penbaca wanita kerana segala kritikan kepada lelaki pasti dikeluarkan selepas membaca artikel ini kerana menyokong semua perkara yang aku utarakan(x kan aku nak kritik kaum sendiri kot kena pukul la aku.hehe..).semua perkara berikut dipetik dari sebuah blog yang dikendalikan oleh kaum wanita dan ini bukannya pendapat aku sebagai lelaki yang tidak suka mendengar kritikan tetapi menganggap setiap kritikan akan membina kehidupan aku yang akan datang.so hayati la setiap perkara yang telah diutarakan oleh kaum anda sendiri(kaum wanita)….

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka (lelaki)dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun
sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja.
Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak tendang? Kalau nak sepak tendang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah.
Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya.
Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

So ape perasaan korang bila membaca semua perkara di atas setuju or bangkang.hehehe…99%akan kata setuju kalau x silap aku la kan.hehehe…tapi yang pelik 99% jugak yang still ade b.f kan.yang masih single 2 boleh la cari kalau dah jodoh x kemana kan.tapi adakah korang tahu ape pandangan kaum Adam terhadap kaum wanita…aku sebagai lelaki mesti rase tercabar bila kena kritikan macam nie kan so aku dah buat perancangan iaitu untuk mengemukakan pulak perkara2 dibenci kaum lelaki terhadap kaum wanita pulak amacam baru la adil kan…so kaum wanita korang semua tunggu la pandangan ikhlas lak dari seorang lelaki yang bergelar …..apa yer..bergelar lelaki la senang citer wat pening aku jer pening nak yulis ape…..ok good bye all of you gurl……

BEZA FILEM MELAYU,CINA,INDA.......

Ok kali nie aku nak citer lak pasal filem2 or drama kt Malaysia nie.tiap2 hari kite tgk tv kan n macam2 citer la kite tgk tapi dalam korg tengok 2 kan ade x korang take note ambil per pembezaan setiap citer antara melayu,cina n india dll…so pas nie kalau nak th per pembezaan semua citer 2 kena la korang duk depan tv n pegang sebatang pen ngan kertas coz senang sikit nak catik nota kan.hehehe…tapi kalau nak cepat tahu korang kena la bace per yang ade kat bawah nie..tp aku rase korang mesti setujunye pasal mmg dah dari duluy kan citer diorang keluarkan same maybe semua director berpakat kot or dah buat perjanjian pangkor kot.hehehe…k la tulis panjang2 x guna la korang bace la dulu k.hehe…bye2

DRAMA/FILEM MELAYU
1. 80% jalan cerita berkisar tentang:
a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.
2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV29″, Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang).
3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensik, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. “Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan”. ” Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang”.
4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan ‘kepala’ Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).
5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : “Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat “. ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).
6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.
7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.
8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).
9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.
10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.
Drama/Filem Cina.
1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.
2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.
3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.
4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.
5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.
6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem ‘A Better Tomorrow’. Tapi best ooo…..
7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.
8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).
9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.
Drama/Filem India/Hindustan.
1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abangdan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.
2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.
3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.
4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.
5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.

6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.
7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.
8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.
9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh ‘ I’m sorry. I didn’t know that na pere tomhe cha….bla….bla….bla…’.
10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.

Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 director filem yang tengah mengusahakannya..majulah filem untuk negara.heheheh....

TAHUKAH ANDA TENTANG PUASA.!!!

Assalamualaikum….
Hai dah lama aku x update citer kat blog aku nie dah lama x tulis rase rindu giler aku nak tulis.bukan per sejak masuk u nie aku dapat suntikan baru bila ade kawan2 aku yang sanggup nak bace blog aku so nie yang membuatkan aku lebih bersemangat nak tulis buat tatapan permbace di luar sane.hehehe…tapi sebab lama x tulis aku pun nak tulis benda yang baik2 jer la kan xlah cam citer “PENGACARA TV 3 PALING HOT”kan.hehehe…nie bulan yang baik so aku nak start citer tentang puasa dan jenis2 nye la(bace dulu la baru faham)hehehe…jangan lupe yer bace dulu n sebarkan lah pengetahuan korang pade org lain n jangan lupe komen kt aku k..bukan per untuk nampak aku punye blog menjadi lebih menarik untuk masa akan datang.hehehe….


Pixel Code Graphics



PENGERTIAN PUASA
• Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
PUASA WAJIB
• Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.
PUASA SUNAT
• Puasa enam hari pada bulan Syawal
• Puasa hari Arafah
• Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
• Puasa bulan Syaaban
• Puasa Isnin dan Khamis
• Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)
PUASA MAKRUH
• Puasa yang terus menerus sepanjang masa
• Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq
PUASA HARAM
• Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
• Puasa pada hari raya pertama Haji
• Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.
SYARAT WAJIB PUASA
• Berakal
• Akhir Baligh (Cukup umur)
• Kuat atau mampu mengerjakan puasa
SYARAT SAH PUASA
• Islam
• Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
• Suci daripada haid dan nifas
• Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
RUKUN PUASA
• Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
• Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
• Makan dan minum dengan sengaja
• Muntah dengan sengaja
• Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
• Keluar darah haid atau nifas
• Gila
• Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
• Orang yang sakit
• Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
• Orang tua yang sudah lemah
• Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.


So korang dah bace kan…ha jangan ponteng pose bagi lelaki sebab xde reason untuk korang x nak pose kan yang gurl lak jangan lupe ganti pose lak nanti kan bukan cuti free jer tau.hehehe…selamat menyambut bulan ramadhan yer…salam ramadhan kepada semua umat Islam di dunia nie…

ALPA DI BUMI MERDEKA

Merdeka…agak2 korang tahu ker ape erti merdeka..pertama sekali aku mengmbil kesempatan nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan n supaya kita sama2 menghayati hari kemerdekaan k.walaupun ramai muda mudi kat Negara kite yang terus hanyut dibelai mimpi indah(cehwah ayat jiwang la plak aku nie.hehehe)namun masih ade segelintir anak yang merdeka masih setia memperjuangkan kemerdekaan Negara kite…kali ini aku akan mempersembahkan sebuah sajak yang ditulis oleh seorang kawan yang berjiwa merdeka..so aku harap korang dapat menghayati setiap makna yang cube disampaikan olehnya…selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 51…

ALPA DI BUMI MERDEKA
Tanggal 31 ogos ,
acapkali laungan merdeka bergema,
merdeka!merdeka!merdeka!
muda mudi keriangan,
adakah kita hayati,
apa makna merdeka,
atau, sekadar di bibir sahaja…
Hari ini,
kita rasa kita merdeka,
menumpang teduh di bumi bertuah,
kita ada segalanya,
hinggakan,kita mudah alpa,
alpa dengan perjuangan nenek moyang,
alpa dengan janji yang meletus darah,
darah perjuangan mereka,
mengalir sia-sia,
dek ! angkara kita rapuh,
kita biar minda kita dijajah…
Kita terus tunduk dan tunduk,
ikut rentak ciptaan mereka,
berpaksikan keduniaan,
rakus mengejar kemewahan,
berterusan kita mungkir janji,
nenek moyang terus menangis,
kerna,melayu dan adatnya,
semakin jauh ditinggalkan…
Jika dulu,
jerih perih perjuangan nenek moyang,
membara segenap jiwa,
kesakitan yang menjalar,
tidak pernah dihirau,
darah perjuangan terus mengalir,
mengunung harapan capai merdeka,
sedangkan,
kita bertingkah sesama sendiri,
rakus haloba beraja di hati,
kita gadai maruah bangsa,
demi tembolok diri sendiri,
kita lupa lagi,
janji nenek moyang…
Wahai bangsaku,
bangkitlah,
demi pertiwiku,
Malaysia…

Ciptaan: Fara @ fafaw_hrd’semesta 1(UPM)
20/08/08,12.35AM

Sunday, April 20, 2008

siti nurhaliza mungkir janji

salam sejahtera kepada korang semua...sebelum aku mulakan pe2,aku ade nak ucapkan selamat menyambut hari keputeraan NABI MUHAMMAD SAW...moga kite semua mghayati perjuangan beliau membawa sinar ISLAM.


erm k kali nie aku nak citer kan pasal ct nurhaliza lak..erm sape x kenalkan isteri datok k 2...erm dengan perkahwinan die ngan datok k ramai la jejaka kt malaysia kecewa n sampai merajuk xnak makan sebab frust pnye pasal kan....erm tapi kali nie aku nak berkongsi pasal die nie pernah berjanji nak pakai tudung terus tapi tengok la baru nie kecoh lam paper yang die g jumpa idola die dengan x pakai tudung,,...erm adakah manusia sekarang mudah lupe pada janji...erm kite sebagai manusia memang tidak boleh lari dari kesilapankan....erm aku harap kite beri lah peluang pada setiap manusia kerana setiap insan di dunia nie semuanya tuhan sayang kan...so marilah kita sama2 doakan kepada semua insan termasuk lah aku sendiri supaya tidak mudah lupe diri dan sentiasa dirahmati ALLAH.....wassalam.....

Monday, March 31, 2008

"CJ 7 bukan sekadar komedi semata-mata"

comel x saye dekat gua nie

JIKA disebut filem Shaolin Soccer dan Kung Hu Hustle yang ditayangkan pada tahun 2001 dan 2004, dah tentu kite ingat citer die buat lawak jer kan...
setakat nie 2 filem die memang masuk box office la kan memang meletup kat pawagam, Stephen Chow diiktiraf sebagai pelakon komedi nombor satu Asia.kalah saiful apek.hehehe....
Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Cina, diorang datang ke malaysia untuk mempromosikan filem terbaru diorang yang berjudul CJ7 yang turut dilakonkan oleh Kitty Zhang dan Fun Min Hun.

(nie la stephen za ngan cj 7 sedang tengok UFO)

erm kaza dapat tahu yang citer nie lain dari filem die sebelum nie sebab bukan sekadar komedi kerana kali ini die masukkan unsur-unsur kekeluargaan la so citer nie lebih bermakna la kan.
kaza dah tengok citer nie memang best sebab bukan sekadar citer kalau tengok memang sakit perut la nak gelak jer kan...tapi minat punye pasal kaza pun ade beli bear nie yang kecik(gambar diatas)and kaza bawak pergi kem and siap ambil gambar lagi dalam gua...kire jadi maskot kumpulan kami la(kumpulan cj7)hehehe....erm lagi satu yang menariknya citer nie watak anak die bukan la seorang lelaki tapi seorang budak perempuan la.terkejut kan sebab sekali pandang memang nampak lelaki la,tapi masalahnya bila tengok kali kedua sama gak nampak cam laki...so kire tengok banyak kali la k kalau cam la yang budak 2 budak perempuan kan...dari sedikit selidik yang kaza wat kt internet didapati hampir 10,000 orang kanak2 datang cuba watak 2 tetapi yang dapat nye perempuan...budak laki kat sane memang x pandai berlakon kot.hehehe...so ape2 korang kene la tengok dulu citer nie kan and aku sediakan sedikit rakaman untuk korang...so diharap enjoy ngan pendedahan aku kali nie k...wassalam....


Wednesday, March 26, 2008

ac mizal - di sini

URL contribute by :: mp3seeder, (requested by farah)
Click the link below for download this mp3…
AC Mizal - Di Sini

Tuesday, March 18, 2008

google vs yahoo


Semua orang kenal ape itu Yahoo dan Google. Sapa tak kenal tu, kasi hantuk kepala kat dinding 2 kali.. InsyaAllah, esok lusa tahu la tu.. hehe.. Dulu Yahoo ngan Google ni selalu bersaing berkenaan dengan email. Yahoo kasi 1GB, Google kasi 2GB. Tak abis abis ngan persaingan sihat mereka. Masing-masing nak usya user supaya guna product diorang. Kalau Google guna Iframe Ajax untuk Email diorang, Yahoo pon dah kuarkan BETA plak untuk email diorang dengan Iframe Ajax yang lebih kurang sama. Then, IM (Instant Message) Software plak. Yahoo yang dah memang famous ngan Yahoo Messenger sebelum ni sering bersaing dengan MSN, Google plak kuarkan dia nye Google Talk. Pendek kata persaingan ni memang takkan abis tapi baguslah, yang untungnye kita ye tak?

Skang ni diorang bersaing plak ngan software untuk nak cun kan windows.. Kalau Yahoo boleh berbangga dengan Yahoo! Widget, Google pon nak kuarkan jugak dia nye desktop enchancement yang diberi nama, Google Desktop. Sekali lagi kita juga yang untung. Hehe ..kaza dah try kedua-dua software ni, dan my opinion la, Yahoo! Widget memang lebih cool dari Google Desktop. Google Desktop dia guna sidebar dan lebih berat nak mampos… tapi kalau Yahoo! Widget bebas skit ikut suka hati user nak letak mana widget tu dan lebih ringan skirt. Dan design kebanyakkan untuk Yahoo! Widget memang lebih menarik dan banyak dari Google Desktop.

Ni ade screenshot untuk kedua-dua nya. Korang leh la nengok ape bezanya kedua-dua software ni. Korang klik pic tu. Tapi tunggu kejap dia load. Sabar la sket.. bila pic dah kuar, jangan lupe tekan button kat penjuru sebelah kiri atas tu untuk full size pic.

Google Desktop :

Yahoo! Widget :
So camana? dah cuba? Ermm … tapi tu la .. bagi kaza, Yahoo memang lebih jauh istimewa dari Google ni. Ermmm … Dalam kelainan kedua-dua software ni, ade satu je sama. Tahu ape yang sama tu? Kedua-duanya membuatkan PC korang lembap. So kalau RAM kurang dari 512 tu, lupekan je la .. atau korang nak pc korang hang selalu.. haha .. cantik pon x guna kalau lembap nak mampos..

Friday, March 7, 2008

pengundi hantu di ijok


Ok, posting kali ni pasti akan menceriakan
kipas susah mati dunia politik kat Malaysia
ni. kaza dapat info ni dari forums
Scukz.Com mengenai pengundi hantu di Ijok.
Logik ke budak 8 tahun untuk mengundi di
pilihanraya? logik juga ke untuk dia
mendaftar di Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR)? So di mana silap dia ek? agaknya
inilah taktik yang digunakan oleh sesebuah
parti politik untuk mendapat majoriti
undian dari pengundi? pengundi ape?
pengundi hantuuuuuuuuuu…. hehehe.. kaza
just mampu tersenyum ajelah melihat senario ni.
Lawok-lawok..
Kepada sesiapa yang rajin tangan
tu, ape kata pergi gegar inbox email SPR
tanye ape kejadahnye semua ini?
Kalau y’all nak check sendiri, boleh ke
website ni:
http://daftarj.spr.gov.my/daftarbi.asp
Dalam ruangan IC Number, masukkan ni:
990518610029....
kaza harap negara kita dapat terus maju
dengan memperjuangkan ciri-ciri
Islam.... :)

"jelmaan wajah aneh di masjid kristal terengganu"


nie adalah masjid kristal di terengganu,mmg cantikkan masjid nie teringin aku nak g solat kat masjid nie nnt ade la rezeki kot.untuk membuat masjid nie lebih 200juta diperlukan,dimana ianya mempunyai segala jenis masjid yang ade di sejarah tamadun Islam di dunia nie kire nie paling mahal la setakat nie kat malaysia.lambang keagungan Islam di malaysia,aku bangga sebagai orang Islam n rakyat malaysia.hargai la masjid ini dengan selalu datang sembahyang jangan masjid jer besar n cantik tapi orang yang datang boleh kire dengan jari jer..
takbir.....ALLAHHUAKBAR........
TETAPI SAKSIKAN DAHULU VIDEO YANG BAKAL AKU TUNJUKKAN PADA KORANG SEMUA.......


sudah saksikan ker...erm ape pendapat korang pasal video nie..erm aku xnak komen sangat la pasal nie pasal aku bukan arif sangat kan just nak bagi renungan jer kat korang semua bertapa besarnya kuasa ALLAH dimana semuanya boleh terjadi dengan kehendak Nya...klu tengok betul2 wajah yang menjelma 2 macam seorang manusia yang tua n berjangut.kalau korang xbpe nampak boleh la tengok video nie kat youtube k.ingat video nie bukan yntuk kelirukan korang tapi sebagai renungan kita bersama n segala yang terjadi ALLAHUALAM....sekian askum.

kisah benar_jerat percintaan

aku baru tahu pasal lagu ni. Itu pun sebab
room mate aku, diorang yang beria-ia sangat
nak lagu ni. Diorang cakap kat aku lagu ni
best gila dan dinyanyikan oleh seorang
banduan bernama Hazwan sehari sebelum dia
mati di tali gantung. Dengar setiap bit bit
lagu ni, betul-betul membuatkan hati terasa
something yang sukar nak diluahkan. Syahdu
sangat lagi-lagi jika dikenang memang betul
itu lagu yang dinyanyikan seorang banduan
sebagai permintaan terakhir. Cuba korang
selami hati seorang lelaki yang menjadi
mangsa pendustaan sebuah cinta. Dari
sedikit research yang aku buat, begini
ceritanya.
Arwah Hazwan ni bercinta dengan seorang
gadis. Sedang asyik mereka bercinta, Ex-
boyfriend gadis tersebut telah merayu untuk
kembali kepada gadis tu. Si gadis ni jadi
serba-salah and of coz, dah tentu dia masih
ada rasa sayang pada ex-boyfriend dia tu.
So si gadis ni buat keputusan untuk memilih
lelaki tersebut dan meninggalkan Hazwan.
Dek kerana rasa frust (ini dinamakan cinta
sejati), Hazwan sanggup membunuh lelaki
tersebut dan satu lagi fakta yang aku
jumpa, dia turut membunuh ex-girlfriend dia
tu.Bagaimana la keadaan dia masa 2. Sanggup
membunuh kerana cinta. How damn’nya menjadi
seorang gadis yang buta menilai cinta
seorang lelaki. Ya, Cinta sejati seorang
lelaki. Lelaki yang sebenar. Hazwan
dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Semasa di penjara, sehari sebelum dia
digantung, pegawai penjara bertanya ape
permintaan terakhir Hazwan sebelum mati.
Hazwan hanya mahukan sebuah gitar dan pita
rakaman untuk merakamkan lagu ni dan dia
suruh pegawai penjara tu untuk sebarkan
lagu ni. Ada lagi fakta yang kata kawan-
kawan Hazwan yang datang ke penjara untuk
merakamkan lagu ni. Allahualam. Apa pun,
semoga Allayarham Hazwan ditempatkan
bersama-sama orang yang beriman. Jikalau’
lah gadis itu masih hidup (jika fakta tu
salah), aku nak dia tahu yang dialah insan
paling zalim dalam dunia ni. Tolonglah,
hargailah cinta seorang lelaki.
Kejadian ni baru lagi lebih kurang 4 atau 5
tahun yang lepas.



hazwan_cinta tiga segi(lirik)

Bertahun sudah ku menunggu diri mu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakan mu
Kerna kau ku cintai selalu

Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Dikau pinta untuk melepaskan mu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan

pengacara tv 3 paling hot

Kadang2 aku rasa cam tertipu plak ye. Betul jugak kata orang, ” Dont judge a book by it cover ” .. tapi bidalan ni selalunya menyeru kita supaya tidak memikirkan yang buruk-buruk mengenai seseorang. Tapi bidalan ni juga kadang-kala menyebabkan kita menyilap tafsir kepada seseorang yang dikaca tv pijak semut pon tak mati.. Punye la sopan santun.. kalau keluar kat MHI atau Medik TV tu, abis semua mak nenek kat Malaysia ni mengidam nak jadikan menantu.. tapi lepas nengok gambar2 yang aku akan dedahkan ni, pastinya mak nenek di Malaysia ni akan menganggap mimpi ngeri je la jadikan that girl menantu.. Hoh!! Hipokrit sungguh!! buat topic khas dalam rancangan Sensasi kat TV3 bagus ni. Kasi hentam personality satu bumbung!! Hehe..

Susah nak percaya dia ni boleh berpakaian macam ni. Bukan agak memalukan, tapi sangat-sangat memalukan. Awak tu melayu, buat cara melayu.. yang Daphene Iking tu tak kisah la. Dia bukan melayu pon dan paling pentingnya bukan Islam. Dia nak berbogel, telanjang bulat or ape pon, dia punya pasal. Tapi yang melayu ni, alahai.. memalukan la.. ingat awak tu minah salleh dari Australia ke ape? Har har har…
Nak cakap bangang kurang bijak, kebanyakkan personaliti TV ni semuanya lulusan University dalam bidang masing-masing. Kot ye pon nak tangkap gambar berbikini bottom spongebob sekalipon (haha), pandai-pandai la simpan.. Ape pon semoga selebriti ni bertaubat dan berpikir dahulu sebelum buang!! Tak salah rasanya nak scuba diving ke, mandi laut ke atau apa sahaja, pakai la pakaian yang bersopan sikit. Bukan berbikini macam tu. Awak kan public figure.. heh!


Pssttt: Bile lagi Melodi mau terjah orang dalam? Kepada beliau tu, sorry, aku malas nak blur kan muka you sebab aku dapat gambar tu pun dah mmg macam tu. Camana aku boleh dapat? pikir balik camana pic personal pon boleh masuk dalam internet… tepuk dada tanya iman ye..tapi seksi jugak u nie yer.hehehe

Monday, March 3, 2008

sydney australia


nak kata mat saleh xde la aku pun kulit putih 2 xde la tapi manis tetap ade la.erm nie gmbar aku mase kat sydney aus n masa nie ngah balik dari beli barang dapur sikit maklum la duk sane kn masak sendiri kan.kalau nak tahu aku nie x la pandai masak sangat tapi semua aku masak kat bsane abis jer sebab lapar kot.hehehe...erm so spe2 nak rase aku masak sila la datang kat restoran aku yang x bukak lagi 2 baru jer nak pecah tanah.hehehehe....ok cow

majlis kongsi raye


askum semua..hehehe nie gambar aku masa majlis kongsi raye dekat ssbj.so malam nie kitoang makan banyak la macam2 ade.tapi paling best aku makan sate la.hehe....erm kire kat tengah 2 ustaz sham n yang pakai baju ungu nie roomate aku name die izu so spe2 nak kenal ngan mamat nie leh la cntc aku k.tapi baju ija nie la yang paling meriah malam 2 maklum la raye xpuas kan.hehehe...so nnt ade pe2 majlis aku kongsi lagi story ngan korang semua k.waslm.....

Friday, February 22, 2008

my slide show


mempersembahkan sebuah tayangan video yang memaparkan aksi2 hebat antarabangsa.hehehe...
semoga terhibur dengan video yang telah dihasilkan oleh pihak pengeluaran penyiaran ZARILI CORPORATION SDN BHD.selamat menonton.sekian

Thursday, February 21, 2008

kaza picture

nie kebanyakan gambar aku edit masa kat oversea punye so pandai2 la korang tengok kalau x nampak zoom la k.nnt aku edit yang lain plak yang budak kelas ke kan gempaq sikit kan.k cow

kaza n eliey


erm aku bersama teman seperjuangan yang amat istimewa.kire awek la senang citer kan.hehe..time nie aku nak g bukak pose n shoping sikit kat sunway piramid.doakan lah kitorang berjaya bersama-sama satu hari nanti.Insyallah....

final jr league_drag flick

kejohanan liga hoki remaja,pasukan ssbj telah menjadi juara liga buat kali ke 5 berturut-turut dan memperolehi juara keseluruhan kali ke 4.ssbj menewaskan pasukan TNB dengan jaringan 2-0 hasil jaringan padang oleh mohd faisal dan ahmad kazamirul(aku la 2.hehehe).tahniah diucapkan kepada pasukan hoki ssbj.

aksi bergaya dari aku.hehehe


gambar nie ramai budak2 aku bengang ngan aku sebab nampak sangat musle aku besarkan.hehe....time nie aku beraksi di kejohanan DKV jr trophy di germany.

action


nie gambar aku time game jemputan 8 negara baru nie.aku kalh la tp nasib baik la x last sekali dapat la no 7.hehehe...nak buat camner team aku x cukup prepare nak main game besar2 nie.tapi ape2 pun aku dapat banyak pengalaman bila main dengan team2 top in the world.aku harap kite boleh berjaya pada piala dunia remaja nanti tunggu 2009 k.cow

time to study


ha nie dak kelas aku.aku baru jer tunjuk skil sikit macam mana nak wat blog kt diorg nie.kire cam taiko la plak kan.hehehe...tapi aku x kisah punye lagipun ilmu xkan nak kedekut kan betul x...hehehe

sakit wo.hehe


nie time aku baru nak start traning.cam bese kene la srecing kan.tapi sape entah ambil gambar aku nie tapi aku tengok ok jer so aku sebat jer la kan.jangan tiru aksi ini dirumah pastikan dapat kebenaran ibu bapa @nenek untuk melakukannya.hehehe