Friday, March 7, 2008

kisah benar_jerat percintaan

aku baru tahu pasal lagu ni. Itu pun sebab
room mate aku, diorang yang beria-ia sangat
nak lagu ni. Diorang cakap kat aku lagu ni
best gila dan dinyanyikan oleh seorang
banduan bernama Hazwan sehari sebelum dia
mati di tali gantung. Dengar setiap bit bit
lagu ni, betul-betul membuatkan hati terasa
something yang sukar nak diluahkan. Syahdu
sangat lagi-lagi jika dikenang memang betul
itu lagu yang dinyanyikan seorang banduan
sebagai permintaan terakhir. Cuba korang
selami hati seorang lelaki yang menjadi
mangsa pendustaan sebuah cinta. Dari
sedikit research yang aku buat, begini
ceritanya.
Arwah Hazwan ni bercinta dengan seorang
gadis. Sedang asyik mereka bercinta, Ex-
boyfriend gadis tersebut telah merayu untuk
kembali kepada gadis tu. Si gadis ni jadi
serba-salah and of coz, dah tentu dia masih
ada rasa sayang pada ex-boyfriend dia tu.
So si gadis ni buat keputusan untuk memilih
lelaki tersebut dan meninggalkan Hazwan.
Dek kerana rasa frust (ini dinamakan cinta
sejati), Hazwan sanggup membunuh lelaki
tersebut dan satu lagi fakta yang aku
jumpa, dia turut membunuh ex-girlfriend dia
tu.Bagaimana la keadaan dia masa 2. Sanggup
membunuh kerana cinta. How damn’nya menjadi
seorang gadis yang buta menilai cinta
seorang lelaki. Ya, Cinta sejati seorang
lelaki. Lelaki yang sebenar. Hazwan
dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Semasa di penjara, sehari sebelum dia
digantung, pegawai penjara bertanya ape
permintaan terakhir Hazwan sebelum mati.
Hazwan hanya mahukan sebuah gitar dan pita
rakaman untuk merakamkan lagu ni dan dia
suruh pegawai penjara tu untuk sebarkan
lagu ni. Ada lagi fakta yang kata kawan-
kawan Hazwan yang datang ke penjara untuk
merakamkan lagu ni. Allahualam. Apa pun,
semoga Allayarham Hazwan ditempatkan
bersama-sama orang yang beriman. Jikalau’
lah gadis itu masih hidup (jika fakta tu
salah), aku nak dia tahu yang dialah insan
paling zalim dalam dunia ni. Tolonglah,
hargailah cinta seorang lelaki.
Kejadian ni baru lagi lebih kurang 4 atau 5
tahun yang lepas.



hazwan_cinta tiga segi(lirik)

Bertahun sudah ku menunggu diri mu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakan mu
Kerna kau ku cintai selalu

Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Dikau pinta untuk melepaskan mu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan

No comments: